Thursday, June 21, 2012

sejarah tokoh





Menurut beliau sendiri, permulaan dirinya dalam menguasai ilmu-ilmu 
Islam bermula sejak beliau selesai menghafaz Al-Quran iaitu pada umur 7 
tahun. Ketika berumur 8 tahun, beliau telah mula mengimamkan solat dan 
beliau mula mempelajari hadith-hadith Rasulullah s.a.w. ketika berusia 9 
tahun. Pengembaraannya dalam ilmu bermula pada usia 20 tahun dan 
meliputi banyak negara serta bertemu dengan ramai tokoh ilmuan Islam. 
Walaupun beliau lebih dikenali sebagai ahli tafsir, namun suasana ilmu pada 
zaman itu sebenarnya memerlukan mana-mana ilmuan Islam agar 
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu-ilmu Islam yang penting seperti 
Tafsir, Hadith, Fiqh, Qiraat, Sejarah, Bahasa Arab dan sebagainya. Tidak 
hairanlah Imam al-Tobari digelar oleh sebahagian ahli ilmu sebagai Mujtahid 
Mutlaq iaitu pakar dalam mengeluarkan hukum dan mahir dalam ilmu-ilmu 
asas Islam. Beliau menghabiskan penghujung hayatnya dengan mengajar 
dan menulis sepenuh masa.

No comments:

Post a Comment